Tuesday, February 28, 2012

distance cannot separate us, my dear

Sadness is tugging at my heartstrings.
Because yesterday, 27 February 2012 at around 1617 hours, I have officially left Tesmal.
The school that brings a thousand memories to me, perhaps more? It brings so much colour, so much meaning to my life as an adolescent.
And apparently, times change. People change. There are ones who bid farewell, and there are ones to welcome, and there are times to create new memories...while cherishing, preserving the old sweetness of the past in our hearts and minds :)

THE HOSTEL OF AWESOMENESS.

Ah. Can I proceed in Malay?
.....

Masa orang tau aku nak pindah, memang lazimnya mulut-mulut akan bertanya,
"Nape mung nak pindah haa?" ataupun soalan lain yang lebih kurang sama maknanya, namun berbeza kosa katanya berdasarkan identiti si penyoal. Biasanya memang adalah disertai dengan bebelan tak puas hati secukup rasa. Ada jugak yang tak cakna langsung... alah, aku tak kesah pun. Bukannya aku rapat/kenal gila-gila dengan semua orang dalam batch aku kan. 

Tapi aku blah memang tak kena hari la. Nasib malang aku pindah masa hari semua orang pekse (a.k.a ujian dalaman bulan Februari) jadi tak sempatlah aku ambik gambar banyak-banyak ke, nak berpeluk-salaman dengan kawan-kawan sepuas hati...almaklumlah, mereka ini semua memang fokus study tatkala ujian/peperiksaan menjelma. Aku rasa macam penceroboh je kadang-kadang bila aku nak ambil gambar diorang (muka bersalah >_<).

Aku dapat tahu pasal tawaran SBP masa otw pergi majlis kecemerlangan PMR, mak aku yang SMS. Mula-mula aku macam ... hahhh?! Lepas tu, ihikhikhik (gembira lah kirenya ni?). Dan kemudiannya, adoii mak rasa macam nak nangis (sedih) la pulak. Dan ketika itu Anis yang duduk kat tepi aku menjadi orang pertama yang tahu aku bakal blah ke SBP.

Hari-hari kemudiannya. Fikiran aku (agak) bercelaru, tapi takdelah tahap gila...alhamdulillah. Setakat termenung sini-sana ada la kut. Biasanya kalau aku berhadapan dengan situasi camni, study aku sepatutnya tak terjaga, tapi rakan-rakan sekeliling seringkali bertanya aku tentang soalan addmath (WHYYYY?!) jadi secara tidak langsungnya, aku pun turut study sekali lah dengan diorang. Banyak kali jugaklah aku ke hulu hilir mengajar orang addmath (tapi aku takdelah pandai gila addmath, cukup-cukup makan je) sampai menjelajahi kelas 4 Ikhlas,

ta-daaaaaaa.. 4ikhlas :D
sementara menolak tawaran menjelaskan prinsip-prinsip kimia kepada orang lain kerana ...... aku suka sangat berangan/berkoya tah lain/tidur/tak menumpukan perhatian dalam kelas Kimia. (mintak maaf cikgu!)

Aku sempat lagi ambik ujian hari pertama bersama kawan-kawan aku. Tak kesah dah hal borang-borang yang bermacam tu. Lantak la, ni ujian terakhir aku kat sini, aku kena ambik jugak walau apa jua yang berlaku! (kes-kes kecemasan dikecualikan -.-) 
Karangan BM aku hancussss pada perenggan-perenggan yang terakhir....yelah kan, aku bukannya hebat sangat dalam bab-bab bahasa ibunda ni. Ayat & isi yang mengarut, berbelit-belit...gerenti karangan aku kena "pengiktirafan" karangan paling tak sedap dan akan diedarkan kepada semua budak kelas aku dan ....ya, aku duk fikir bukan-bukan je. Tapi bahagian edaran tu memang PASTI.
Addmath pulak? Okey je kut? Yang pastinya, aku salah buat graf yang sepatutnya kena betul kerana soalan itu amatlah senang sebenarnya.. Sila menangis sekarang juga, rugi 2 markah di situ sudah.
Kimia.... aku tertinggal dua soalan (frustfrustfrustfrust) kerana 
1) mak aku tunggu dah kat bawah :( 
2) aku tak ingatlah maksud resapan & isotop yang buat rawat penyakit thyroid. Padah tidur dalam kelas.

Lepas tu aku pun dah tergesa-gesa mencari pengesahan dll. Sehabisnya aku mencari pengesahan, aku pun menangis bila jumpa kengkawan yang sungguh . baik . hati . bersalam dengan aku, bagi kata-kata semangat kat aku, etc. Muka masa tu,... mata merah & berair, hidung merah, muka pucat. Muka aku memang tak lawa bila menangis. Dan...err, tidaklah ia cantik pada setiap masa, sebenarnya... melainkan seandainya anda yang merasakan demikian, hihii :p

Dah dah. Post dah panjang sangat dah. Nanti sambunggggggg ~

No comments:

Post a Comment